Monday, May 11, 2009

PM CAKAP????INGATKAN ORG SEWEL

PM: Bertenang, jangan terlalu teruja...
Jimadie Shah Othman | 11 Mei, 09 6:35pm
dikemaskini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Perak supaya bertenang dan tidak terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah.

"Kita akan selesai segala masalah," kata Najib ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tersebut.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas lanjut mengenainya, Najib berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

"Kita akan merayu terhadap keputusan itu dan kita harap mendapat tarikh awal untuk melakukannya. Saya tidak boleh mengulas banyak kerana perkara ini masih dalam bidangkuasa mahkamah.

Mungkin rayu esok

"Jadi, saya mahu katakana bahawa kita mempunyai kes yang kuat, kedudukan yang kuat dan kita akan merayu terhadap keputusan itu," tambahya.

"Kita akan merayu terhadap keputusan itu dan kita harap mendapat tarikh awal untuk melakukannya. Saya tidak boleh mengulas banyak kerana perkara ini masih dalam bidangkuasa mahkamah.

Mungkin rayu esok

"Jadi, saya mahu katakana bahawa kita mempunyai kes yang kuat, kedudukan yang kuat dan kita akan merayu terhadap keputusan itu," tambahya.

Ditanya sama ada pilihanraya mengejut patut diadakan, Najib menjawab: "Saya tidak dapat mengulas perkara itu kerana ianya bergantung kepada kebijaksanaan Sultan Perak."

Ditanya sama ada beliau akan menghadap Sultan Perak, perdana menteri berkata: "Saya boleh jumpa baginda pada bila-bila masa.

"Tetapi tidak mengapa, ia di bawah bidang kuasa baginda".

Saya tidak mengulas banyak, langkah pertama kita adalah merayu terhadap keputusan itu."

Mengenai tarikh untuk membuat rayuan tersebut, Najib berkata: "Kita akan dapatkan tarikhnya (untuk merayu) secepat mungkin. Kemungkinan esok."


---------------------------------------------------------

FIKIRKANLAH...KALO KEPUTUSAN BERSANDARKAN PERLEMBGAAN BOLEH DIBUAT RAYUAN,APA AKAN JADI PADA MASA DEPAN..GENERASI MASA DEPAN AKAN JADIKAN INI CONTOH DALAM MENENTANG SEBARANG KETETAPAN PADA UNDANG2 MALAYSIA..