Monday, March 30, 2009

TERKINI!! TERHANGAT!! TERHOT!!

AMK Sik mendapat berita terdapat satu pergaduhan berlaku di PETRONAS Bukit Selambau yang melibatkan team KJ dan team Mukhriz.

Pemberi maklumat juga melaporkan terdapat banyak bendera dan poster BN bertaburan di depan PETRONAS tersebut...

Sunday, March 29, 2009

30 MAC - TERKINI DARI SKUAD AMK.

Pada 3 petang ini akan diadakan satu sidang media khas bertempat di bilik gerakan Angkatan Muda Keadilan Kedah.

Sidang media ini akan dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Pusat, saudara Fariz Musa.

tunggu laporan selanjutnya dari AMK Sik.

SKUAD AMK BANTU KEMPEN - SK online

Skuad Khas Angkatan Muda keADIlan (AMK) ditubuhkan secara khusus untuk membantu kempen pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau, bertujuan menghalang provokasi dari pihak lawan.

Menurut ketuanya, Habib Ahmad Muhaiyuddin, skuad khas berkenaan di anggotai oleh seramai kira-kira 50 anggota yang terdiri dari pelbagai kaum Melayu, cina dan India.
“Tujuan skuad khas ini ditubuhkan untuk melancarkan kempen dan bertujuan untuk menghadapi provokasi dari pihak lawan. Sekiranya berlaku provokasi umpamanya, kita akan membantu dengan meleraikan dan menyelesaikannya,”katanya.

Katanya, sehingga kini skuad tersebut, yang diletakkan di bawah AMK negeri telah mengadakan beberapa ceramah kelompok dan edar risalah di kawasan-kawasan taman perumahan bersama dengan Dewan pemuda Pas.
“Bendera, poster, kain rentang, risalah dan pelbagai bahan kempen akan diterima hari ini (27 Mac) dan kita akan mendapat taklimat dari Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa,”katanya.
Ditanya mengenai penganjuran program dan aktiviti riadah seperti konvoi beramai-ramai, beliau berkata perkara itu masih tidak dapat dipastikan lagi memandangkan halangan dan sekatan dari pihak Polis.

Sementara itu, biro khas untuk pengundi Cina turut diwujudkan untuk membantu kempen berkenaan.

Menurut Koordinator biro tersebut, Simon Ooi Tze Min, biro khas berkenaan diletakkan di bawah pengawasan NaibPresiden keADIlan, Dr lee Boon Chye dan turut membantu pada kempen Pilihanraya di Permatang pauh dan Kuala Terengganu yang lalu.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian beliau, sambutan yang diterima di kalangan kaum Cina lebih baik berbanding program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional.

“Kita sudah bermula berkempen di Bukit Selambau ini sejak awal Mac dan mengadakan beberapa ceramah kelompok di tempat yang menjadi tumpuan pengundi Cina dan sambutan yang kita terima cukup baik,”katanya.

SIDANG MEDIA DI PEJABAT AMK NEGERI.

Satu sidang media telah diadakan di Pejabat AMK Kedah di Yayasan Aman, Sungai Lalang.

Sidang media ini melibatkan YB Dato' Johari Abdul, YB Saifuddin Nasution, dan calon Pakatan Rakyat dari PKR, saudara Manikumar.

berita akan diupdate dari masa ke semasa..........

Saturday, March 28, 2009

Penamaan Calon N25-Bukit Selambau ( 29 Mac 09 )

Penamaan calon N25 Bukit Selamabau telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam lembaran politik Malaysia. Pilihanraya ini menyaksikan pertarungan 15 orang calon akan cuba memenangi hati lebih kurang 35, 000 pengundi pelbagai bangsa di dun Bukit Selambau ini.

Senarai calon-calon yang bertanding untuk bergelar ADUN du n25 ialah :

1)S MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM (PKR)
2)ANUAR B HAMID (BEBAS)
3)RADZI B LAZIM (BEBAS)
4)KHAMIS B AWANG (BEBAS)
5)JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM (BEBAS)
6)GANESAN (BN)
7)G SARALA A/P LOGANATHAN (BEBAS)
8)VENASON A/L MICHELE (BEBAS)
9)TAN HOK HUAT (BEBAS)
10)LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN(BEBAS)
11)FADZIL B ABD WAHAB (BEBAS)
12)T CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN(BEBAS)
13)ABD RAHIM B ABU (BEBAS)
14)HUSAIN B ABU (BEBAS)
15)MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM(BEBAS)

AMK Sik yang turut berada di pusat penamaan calon seawal jam 6.30 pagi dapat merasakan kemenangan mutlak akan menjadi milik saudara Manikumar memandangkan sokongan yang diterima pagi tadi.

Selain itu, janji daripada YAB Menteri Besar Kedah yang akan melantik saudara Manikumar sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah juga antara faktor yang boleh menarik undian pengundi supaya berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Maklumbalas yang diterima dari teman-teman di Bukit Gantang dan Batang Ai juga memberi isyarat yang sangat jelas bahawa Pakatan Rakyat boleh mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang seterusnya juga merampas kerusi Batang Ai.

Info-info terkini PRK Bukit Selambau akan diupdate secara terus dari Bilik Gerakan Angkatan Muda Keadilan Kedah.

Gambar-gambar sekitar pilihanraya akan diupload kemudian memandangkan AMK Sik mengalami masalah internet. InsyaAllah, gambar-gambar tersebut akan dapat ditatap menjelang malam 29 Mac 09.

KUASA RAKYAT KUASA HIKMAT......