Saturday, March 28, 2009

Penamaan Calon N25-Bukit Selambau ( 29 Mac 09 )

Penamaan calon N25 Bukit Selamabau telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam lembaran politik Malaysia. Pilihanraya ini menyaksikan pertarungan 15 orang calon akan cuba memenangi hati lebih kurang 35, 000 pengundi pelbagai bangsa di dun Bukit Selambau ini.

Senarai calon-calon yang bertanding untuk bergelar ADUN du n25 ialah :

1)S MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM (PKR)
2)ANUAR B HAMID (BEBAS)
3)RADZI B LAZIM (BEBAS)
4)KHAMIS B AWANG (BEBAS)
5)JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM (BEBAS)
6)GANESAN (BN)
7)G SARALA A/P LOGANATHAN (BEBAS)
8)VENASON A/L MICHELE (BEBAS)
9)TAN HOK HUAT (BEBAS)
10)LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN(BEBAS)
11)FADZIL B ABD WAHAB (BEBAS)
12)T CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN(BEBAS)
13)ABD RAHIM B ABU (BEBAS)
14)HUSAIN B ABU (BEBAS)
15)MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM(BEBAS)

AMK Sik yang turut berada di pusat penamaan calon seawal jam 6.30 pagi dapat merasakan kemenangan mutlak akan menjadi milik saudara Manikumar memandangkan sokongan yang diterima pagi tadi.

Selain itu, janji daripada YAB Menteri Besar Kedah yang akan melantik saudara Manikumar sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah juga antara faktor yang boleh menarik undian pengundi supaya berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Maklumbalas yang diterima dari teman-teman di Bukit Gantang dan Batang Ai juga memberi isyarat yang sangat jelas bahawa Pakatan Rakyat boleh mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang seterusnya juga merampas kerusi Batang Ai.

Info-info terkini PRK Bukit Selambau akan diupdate secara terus dari Bilik Gerakan Angkatan Muda Keadilan Kedah.

Gambar-gambar sekitar pilihanraya akan diupload kemudian memandangkan AMK Sik mengalami masalah internet. InsyaAllah, gambar-gambar tersebut akan dapat ditatap menjelang malam 29 Mac 09.

KUASA RAKYAT KUASA HIKMAT......

No comments:

Post a Comment