Skuad Khas Angkatan Muda keADIlan (AMK) ditubuhkan secara khusus untuk membantu kempen pilihanraya kecil di Dun Bukit Selambau, bertujuan menghalang provokasi dari pihak lawan.
Menurut ketuanya, Habib Ahmad Muhaiyuddin, skuad khas berkenaan di anggotai oleh seramai kira-kira 50 anggota yang terdiri dari pelbagai kaum Melayu, cina dan India.
“Tujuan skuad khas ini ditubuhkan untuk melancarkan kempen dan bertujuan untuk menghadapi provokasi dari pihak lawan. Sekiranya berlaku provokasi umpamanya, kita akan membantu dengan meleraikan dan menyelesaikannya,”katanya.
Katanya, sehingga kini skuad tersebut, yang diletakkan di bawah AMK negeri telah mengadakan beberapa ceramah kelompok dan edar risalah di kawasan-kawasan taman perumahan bersama dengan Dewan pemuda Pas.
“Bendera, poster, kain rentang, risalah dan pelbagai bahan kempen akan diterima hari ini (27 Mac) dan kita akan mendapat taklimat dari Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa,”katanya.
Ditanya mengenai penganjuran program dan aktiviti riadah seperti konvoi beramai-ramai, beliau berkata perkara itu masih tidak dapat dipastikan lagi memandangkan halangan dan sekatan dari pihak Polis.
Sementara itu, biro khas untuk pengundi Cina turut diwujudkan untuk membantu kempen berkenaan.
Menurut Koordinator biro tersebut, Simon Ooi Tze Min, biro khas berkenaan diletakkan di bawah pengawasan NaibPresiden keADIlan, Dr lee Boon Chye dan turut membantu pada kempen Pilihanraya di Permatang pauh dan Kuala Terengganu yang lalu.
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian beliau, sambutan yang diterima di kalangan kaum Cina lebih baik berbanding program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional.
“Kita sudah bermula berkempen di Bukit Selambau ini sejak awal Mac dan mengadakan beberapa ceramah kelompok di tempat yang menjadi tumpuan pengundi Cina dan sambutan yang kita terima cukup baik,”katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment